Kisah Cinta Di Hari Selasa

Kejadiannya mengambil tempat di restoren makanan Jepun, pada lebih kurang jam 1 tengahari…

Sedang beta tanpa segan silu melantak pinggan kelima sushi tuna mayo beta, masuklah 2 sejoli lalu melabuhkan punggung di kerusi kosong sebelah beta.

Jejaka: Duduk sini ok b?

Jejaki: Mana-mana pun ok b. Asalkan duduk sebelah you.

Tersentap seketika beta di buatnya. ‘Masih ada lagi orang yang guna ayat-ayat cinta yang corny begini rupanya’, fikir beta dalam hati. Sekeluarga mat salleh yang duduk di seberang meja memperhatikan beta tanpa mengelip mata. Kenapa? Why? Oh… Mungkin sebab pinggan sushi di depan beta semakin meninggi dan beta masih menjulur tangan ke arah sushi belt.

Jejaki: B, kalau I order yang ini dengan yang ini ok tak?

Jejaka: Ambik lah! I bayar je…

Wah! Romantis nya… Tanpa mengira wang, si jejaka sanggup membayar apa saja asalkan si jejaki itu kenyang.

Jejaki: Ouch! B… Ada nyamuk la sini!

Jejaka: Ya ka?! Mana nyamuk tu? Biar I hentam dia. Berani dia gigit you!

Maka dengan itu, sushi beta yang hampi-hampir memasuki pinggan ketujuh terpaksa diberhentikan oleh kerana sushi pinggan pertama sehingga keenam bagaikan meronta-ronta mau keluar akibat ke-corny-an ayat sang jejaka tadi. Cepat-cepat beta menelan suapan terakhir, lalu terus memanggil pelayan untuk bil…

Moral of the story; time bercinta, nyamuk pun jadi musuh… Hahahahahahahah!!!

Sekian.

xox: NN

Temberang gell like hell!

Arakian ceritera kita di pagi hari yang indah ini. Bunyian mergastua berkicauan, kapal terbang berdentum mau landing di KKIA menyelubungi kawasan rumah beta.

Ingin lah beta berkongsi kisah, akan kejadian semalam semasa beta tengah sibuk menunggu nombor beta dipanggil untuk mengambil bubble tea yang beta pesan. Terlirik mata beta ke arah segerombolan anak-anak muda yang tak berapa muda, sedang rancak bergelak ketawa tanpa menghirau pandangan serong dari mata-mata di sekeliling mereka. Beta perhatikan, rata-rata semuanya memakai persalinan yang mantap, beg Coach, laptop Sony, iPad… etc… Lalu beta membuat kesimpulan, anak-anak orang berada ya mungkin. Mungkin tersadar ada seorang perempuan pelik yang bertudung coklat dan shocking pink (color clash u olzzz!) sedang memerhatikan mereka, maka, si perempuan yang tadi asyik bermain iPad nya itu menjeling ke arah beta sambil membelai sayang iPad di tangan. ‘Akkkkkkhhhhtuiiiiii!’, beta berfikir. ‘Aku pun ada iPad jugak la. Bagus kalau terjatuh iPad mu tu. Temberang!’, kata beta lagi di dalam hati. ’67… 67!’, oh! bubble tea yang di tunggu sudah pun siap. Belum sempat beta berpusing untuk mengambil pesanan tersebut, ‘ker-plang!!!’. Apakah bunyi yang kuat itu?

iPad perempuan temberang tu terburai di lantai… Kesian… Heheheheheheheh…

Sekian kisah tauladan kita pada hari ini. Sehingga bertemu lagi di lain rancangan.

xox: NN

We tend to forget…

… that we live in the same world.

I’m not sure why I tend to get a little bit emotional nowadays when people starts to talk about 9/11. The overdramatizing experience by the Americans are not to be forgotten but IMO, other nation suffers everyday. RIP to those who died in 9/11, but my doa and prayers are with those who continue to live in fear, and to those who have to think of only the tomorrow, and not make plans for even the day after. To those children who could have a future, but shorten due to the war and famine. So to those who remembers 9/11, must also remember the rest of the world to be fair. And to those who think Muslims as terrorists, what of those Jews who died by the hand of the Nazis? And what of those Muslims who died in Palestine? And what of those who suffered in Bosnia? Do we still blame the Muslim? One nation attacked by the Muslim extremist doesn’t make the religion a terrosist. We must always remember that one day, a person with different belief might be responsible for saving our lives.

It’s a world of laughter, a world or tears
It’s a world of hopes, its a world of fear
There’s so much that we share
That it’s time we’re aware
It’s a small world after all

It’s a small world after all
It’s a small world after all
It’s a small world after all
It’s a small, small world

There is just one moon and one golden sun
And a smile means friendship to everyone.
Though the mountains divide
And the oceans are wide
It’s a small small world …

Peace and sekian!

xox: NN

To be or not to be…

Today I choose, NOT TO…

Sometimes in life, all you need is just a moment. And most importantly, most of the time during those moments, all you need is support and understanding.

I think what I need now is more mental energy.

Sekian.

xox: NN

Sembang-sembang kosong di hari Rabu

  • Petknode

             Ada setengah pihak blaming pet owners sebab tak check betul-betul. Hello?!!!! Kau pegi KFC, kau expect dia jual ayam la kan? Sama la jugak dengan hal Petknode ni. Bila di offer ‘pet

            boarding’, semua pet owner tahu yang tak kira la kita bayar macamana mahal or murah pun, kucing/anjing/arnab/hamster kita akan di jaga la. Buduh!

  • Maharaja Lawak Raya

             Funny like hell! Tak tahan la dengan gaya Mak Jemah tu. I loike… Sepah pun boleh tahan funny nya. Bila tengok balik pun Maharaja Lawak final, memang Sepah layak menang.

             Walaupun I olzzz peminat setia Mak Jemah and Mail Lambung, kualiti lawak Sepah on that finale tak boleh di sangkal… Setuju atau tidak, suka hati I olzzz la. U olzzz punya pendapat

             simpan sendiri dalam hati. hehehehheh…

  • P Ramlee was and always a genius

             I think everyone noticed my emo FB status regarding Abang Ramlee. Apa yang dia bilang dalam interview itu jadi kenyataan. Muzik barat kini menggantikan Ghazal. Budak zaman

             sekarang pun lebih kenal pop dan Gaga berbanding canggung dah joget. Di sini, saya ingin menyeru dan mencabar, pemuzik tanah air untuk cuba menghasilkan lagu-lagu yang

             berunsurkan muzik melayu yang berkualiti dan mampu menarik perhatian anak-anak muda. Tolonglah jangan kasi aku lirik ‘please please please kamu jangan nakal’… Hilang puitis

            lagu-lagu kita. Ambil iktibar lagu-lagu M Nasir. Lagu-lagu Abang Ramlee terlalu tinggi untuk dibandingkan dengan lagu-lagu zaman sekarang.

  • Tun M and I share the same understanding

            Ambik-ambik angin perasantan sikit. Aku tengok dokumentari (ya saya sekarang ada habit pelik suka tengok dokumentari) pasal Dr M. Noticed that I once said the same thing regarding

           Saddam and Iraq. Suka hati dia la mau tadbir negara dia macam mana. Apa rights Bush tangkap Saddam and gantung dia? The rights to guling pemerintah belongs to the people of the

          country.

  • 9/11

             With all due respect to those who lost their loved ones in it, it HAS been 10 years. What of those children and women who died in Palestine or in Iraq due to the war? Who will remember

             them? Will we weep for them too?

  • Charity begins at home

             Al-Fatihah to Allahyarham Noramfaizul. Kepada Kelab Umno/Kerajaan Malaysia, di Seri Menanti, ada satu makcik tua tu dok makan nasi basi tunggu cucu dia yang kena tangkap pasal

            dadah balik rumah. Di Kuantan, ada anak-anak kecil yang tidak dapat bersekolah sebab tidak ada surat beranak. Di Sabah, ramai lagi rakyat malaysia yang masih belum merasa kipas

            angin letrik. Oleh itu, renung-renung kan lah!

  • Joke orang mabuk:

             A: I was not drunk yesterday!

            B: Dude! You carried a midget and shouted ‘Dobby’s alive!’…

            Ini lawak cuma di fahami oleh peminat-peminat Harry Potter.

Cukuplah sembang kosong kita pada hari ini. Sehingga kita berjumpa lagi; kita sudahi dengan video klip lagu Abang Ramlee kegemaran saya… This is what you call quality!

Sekian

xox: NN