Kisah Cinta Di Hari Selasa

Kejadiannya mengambil tempat di restoren makanan Jepun, pada lebih kurang jam 1 tengahari…

Sedang beta tanpa segan silu melantak pinggan kelima sushi tuna mayo beta, masuklah 2 sejoli lalu melabuhkan punggung di kerusi kosong sebelah beta.

Jejaka: Duduk sini ok b?

Jejaki: Mana-mana pun ok b. Asalkan duduk sebelah you.

Tersentap seketika beta di buatnya. ‘Masih ada lagi orang yang guna ayat-ayat cinta yang corny begini rupanya’, fikir beta dalam hati. Sekeluarga mat salleh yang duduk di seberang meja memperhatikan beta tanpa mengelip mata. Kenapa? Why? Oh… Mungkin sebab pinggan sushi di depan beta semakin meninggi dan beta masih menjulur tangan ke arah sushi belt.

Jejaki: B, kalau I order yang ini dengan yang ini ok tak?

Jejaka: Ambik lah! I bayar je…

Wah! Romantis nya… Tanpa mengira wang, si jejaka sanggup membayar apa saja asalkan si jejaki itu kenyang.

Jejaki: Ouch! B… Ada nyamuk la sini!

Jejaka: Ya ka?! Mana nyamuk tu? Biar I hentam dia. Berani dia gigit you!

Maka dengan itu, sushi beta yang hampi-hampir memasuki pinggan ketujuh terpaksa diberhentikan oleh kerana sushi pinggan pertama sehingga keenam bagaikan meronta-ronta mau keluar akibat ke-corny-an ayat sang jejaka tadi. Cepat-cepat beta menelan suapan terakhir, lalu terus memanggil pelayan untuk bil…

Moral of the story; time bercinta, nyamuk pun jadi musuh… Hahahahahahahah!!!

Sekian.

xox: NN

7 thoughts on “Kisah Cinta Di Hari Selasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s